Sponsored

Sunday, July 31, 2011

Dimana teman terbaik? (Siri 2)

Salam Ramadhan semua! Hari ni nak sambung la cerita kat bawah ni. Kisah si anak raja cari sahabat kan? jom layan!

Setelah si lelaki tadi melihat dua biji telur itu, dia terus memakannya. Tanpa mempedulikan si anak raja tadi. Maka, si putera pun kecewa dengan sahabatnya itu. Sungguh ketara dan teserlah sikap pentingkan dirinya.


Keesikan harinya, si putera raja turun ke kampung-kampung untuk mencari sahabat yang baik. Dalam perjalanan, si putera kepenatan dan berehat di bawah sebatang pokok.
Sedang berehat, ada seekor ular menyerang si putera raja. Nasib baik muncul seorang lelaki pantas membunuh ular itu.

"Terima kasih...awak telah selamatkan saya." ucap si putera.
"sama-sama. Lain kali kena berhati-hati sedikit. Ini hutan, bukan istana.."
"Apa awak tahu saya anak raja?"
"dari pakaian awak sahaja saya tahu awak siapa."
Lantas si lelaki tadi berlalu pergi..

"Anak muda! Boleh saya ikut awak ke rumah?" Pinta si putera.
"Awak betul mahu ikut saya?"
"Ya! Saya mahu bersama awak."
"Boleh, syaratnya awak jangan bertanya apa yang saya buat."
"Baik.."


Maka mereka meneruskan perjalanan sehingga lah ke sebuah kampung. Di situ si lelaki tadi meninggalkan beg yang dibawanya di sebuah pondok.
si putera kehairanan. "Apa di dalam beg itu?"
"Di dalamnya ada makanan. Aku berburu seharian dan aku tinggalkan hasilnya di sini."
"Mengapa?"
"Apa kau sudah lupa janji kau?"
Si putera mengangguk dan meminta maaf. Mereka meneruskan perjalanan ke rumah si lelaki tadi...

(Maaflah...Syurita penat sgt...esok sambung ye?? Selamat berpuasa!)

4 comments:

  1. alahai...cerita lacepat!!!~~hee

    ReplyDelete
  2. haha alahai..sambung lagi.ni mesti drama bersiri.hahaha :D

    ReplyDelete
  3. main sambung2 pulak ye.tersangkut feel dia..hehe

    ReplyDelete
  4. macam karang novel pulak~~ xyah sambung2 laa... rajinkan menaip. hehehe

    samat pose~ :)

    ReplyDelete

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

visitor