Sponsored

Thursday, July 21, 2011

Motivasi Bisnes: Robert T.Kiyosaki Pun Bermula Lewat?

Motivasi Bisnes:
Assalamualaikum  pelabur hartanah & bakal pelabur hartanah serta para pembaca sekalian.
Apa khabar hari ini? Diharap semoga semangat untuk mendalami ilmu & melabur dalam hartanah masih lagi berkobar-kobar. Walaupun dalam ekonomi sekarang yang tidak menentu namun itu bukan alasan untuk kita tidak melabur dalam hartanah & minda kita.

Pada kali ini HAMKA ingin berkongsi cerita kejayaan Robert T Kiyosaki iaitu salah seorang pelabur hartanah yang berjaya di Amerika. Hingga ke hari ini beliau telah memiliki lebih daripada 2000 buah hartanah di seluruh dunia.
Robert T Kiyosaki dilahirkan pada 8 April 1947 di Pulau Hilo, Hawai. Selepas tamat dari Hilo High School, Robert T Kiyosaki menyertai U.S. Merchant Marine Academy di Kings Point, New York. Robert T Kiyosaki selamat bergraduasi dari U.S. Merchant Marine Academy di Kings Point pada 1969. Kemudian Robert T Kiyosaki menyertai menyertai Tentera Laut A.S dan pergi ke Vietnam sebagai seorang pegawai tentera dan pemandu helikopter perang.

Sekembalinya dari peperangan, Robert T Kiyosaki menubuhkan syarikat yang memperkenalkan dompet yang diperbuat daripada Nilo & Velcro surfer pertama ke pasaran. Perniagaannya berkembang ke serata dunia. Namun disebabkan pengurusan kewangan & aliran tunai yang tidak bagus, perniagaannya mengalami kerugian.
Tanpa kenal erti kekalahan Robert T Kiyosaki memulakan perniagaan kedua dalam bidang T-shirt untuk heavy metal band. Perniagaannya mencapai kejayaan yang besar pada 1980-an. Namun diatas peredaran trend music yang beralih kepada softer music, perniagaannya mengalami kerugian yang besar.
Pada usia 47 tahun barulah Robert T Kiyosaki sedar & mempelajari mengenai pelaburan hartanah. Selepas itu barulah beliau memulakan pelaburan hartanah. Sejak dari itu Robert T Kiyosaki tidak lagi berpaling ke belakang dan pelaburan hartanahnya berkembang dari satu buah rumah sehingga sekarang kepada lebih dari 1000 buah rumah.
Perniagaan Robert T Kiyosaki tertumpu pada pelaburan hartanah & mengajar dalam bidang perniagaan & pelaburan. Buku pertamanya yang ditulis pada tahun 1997 bersama Sharon L. Lechter ‘Rich Dad Poor Dad’ telah menjadi buku terlaris di Asia, Australia, Amerika Utara, Mexico, Afrika Selatan dan di Eropah dan telah diterjemahkan ke dalam 46 bahasa (termasuk Bahasa Melayu). Sehingga tahun 2006 ia telah terjual sebanyak 26 juta naskah.
Sekalian, apa yang kita boleh dapatkan pengajaran dari secebis kisah kejayaan Robert T Kiyosaki?
Betapa kita perlukan minat & lengkapkan diri dengan ilmu & kemahiran sebelum memulakan sesuatu pelaburan & perniagaan. Sekiranya minat sahaja tanpa ilmu & kemahiran maka pelaburan yang kita usahakan akan menemui kegagalan.  Selain itu juga sikap positif & tidak putus asa juga perlu. Tanpa sikap positif kita tidak akan mampu untuk bangkit semula selepas jatuh.
Sumber: Dr Shah Razali, Pakar Pelabur Hartanah Malaysia
Untuk Mendapatkan Tips-tips Pelaburan Hartanah, klik DISINI.
*******
http://hasrynazzuar.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

visitor