Sponsored

Monday, August 1, 2011

Dimana teman terbaik? (Finale!)

Seteleh tiba di rumah, si lelaki tadi memberi salam dan masuk ke rumah. Namun, di rumahnya tiada seorang pun.
Si putera hairan, apa lelaki ini tidak ada ibu bapa atau adik beradik?
"Masuklah wahai putera. Inilah rumah ku. Tidaklah sehebat istanamu. si lelaki tadi tersenyum.
"Dimana keluarga mu?"


"Oh, mereka sedang bercucuk tanam di belakang rumah. Sebentar lagi mereka balik."

"aku melihat engkau sejak tadi tidak makan. Makanan juga kau tidak bekal. mengapa?"
"Sekali lagi aku ingatkan, apa engkau sudah lupa apa yang engkau janji?"
"Ah! Maaf...aku minta maaf sekali lagi..."
Si lelaki tadi tersenyum lalu pergi ke belakang rumah. Di sana, dia memasak sedikit makanan. Si anak raja agak simpati dengan kesusahan keluarga ini.

Tatkala senja ayah dan ibu si lelaki tadi tiba di rumah. Mereka menyambut kedatangan si putera dengan gembira. Putera raja berasa amat gembira dengan kemesraan keluarga si pemuda tadi.
Hari semakin senja...si pemuda tadi menutup pintu dan jendela dengan rapat.
si putera raja semakin hairan...

setelah beberapa minit, kedengaran seseorang berjalan mendekati rumah mereka dan mengetuk pintu sebanyak 3 kali. Si putera mahu membukanya, namun dihalang oleh lelaki tadi.
Si putera raja mahu bertanya, namun teringatkan janjinya, dia mendiamkan diri sahaja.

Setelah beberapa ketika, si lelaki tadi membuka pintu. Dilihatnya beg yang ditinggalnya di pondok dalam perjalanan tadi berada di serambi rumah.

Lalu si lelaki tadi membukanya dan ada beberapa ketul daging yang siap dipanggang dan di masak.
"Alhamdulillah...ada juga makanan untuk kita berbuka hari ini."

Lalu si lelaki tadi kasihan melihat si putera terpinga-pinga.

"baiklah, aku akan jawab semua pertanyaanmu tadi."
Si putera kelihatan tersenyum gembira.

"Aku tinggalkan hasil buruan di pondok tadi kerana di sana tinggal adik beradik perempuan yang sudah kematian ibu bapa. mereka masih kecil namun pandai memasak. Aku tinggalkan semua hasil buruanku untuk mereka dan sebahagia mereka akan kembalikan ke sini atas dasar kemanusiaan atau terima kasih."

"aku tidak makan seharian kerana kami sekeluarga berpuasa. Ya, makanan kami sememangnya tidak cukup sejak kebelakanangan ini. Makan, kami berpuasa"
Barulah si putera tadi faham...
"Jika begitu aku jemput engkau ke istana kami. Aku mengundang hanya engkau ke sana."
Si lelaki tadi kebingungan. "Aku tidak akan tinggalkan keluarga ku!" Tegas si lelaki tadi.
"Aku merayu supaya engkau datang ke istana ku!" Si putera merayu dengan penuh kesungguhan.
"Baiklah, tapi cuma sehari."


"Ya! Aku janji! Cuma sehari!"
Lalu keesokan harinya mereka tiba di istana...seperti biasa sang raja menyediakan makanan dua biji telur kepada si lelaki tadi. Lelaki tadi tidak berkata apa-apa dan menunggu si putera makan dahulu.
"Tuan rumah, makan lah dahulu. Tak elok jika tetamu membatasi tuan rumah.."
Lalu si putera makan sebiji telur dengan lahapnya. Melihat si putera makan dengan lahap, si lelaki tadi membahagi dua bahagiannya dan memberikan separuh kepada si putera.

Sang raja yang melihatnya berasa kagum....

Semenjak dari hari itu, si putera mengerti di mana nilainya sahabat yang sejati....
"wahai pemuda yang baik hati...aku mohon untuk kau bawa keluargamu ke istana ini. Aku mahu engkau memerintah bersama ku!" Si lelaki tadi kehairanan.
Setelah sang raja menerangkan kepada si lelaki tadi, maka bersetujulah dia. Mereka berdua memerintah negara tersebut dengan adil setelah kemangkatan si raja...

P/S: Nilai seorang sahabat yang baik itu teserlah seperti mana dia menjaga dirinya sendiri....(Salam Ramadhan dari SYURITA...)

5 comments:

  1. Susah kn nak cari teman terbaik...? Senang utk mncari kwn apb kita gembira,apb kita kaya... tp sukar utk bersedih bersama...,bila kita jatuh, terus kita diketawakan...apb difitnah, mereka menjauhkan diri, kita dipulaukan...(^_^) Adat manusia, byk ragamnya...Apapun, hidup mesti diteruskan..Yakinlah, Allah maha mengetahui segalanya...

    ReplyDelete
  2. pernah baca kesah ni...macam cite teladan dlm karya Habiburrahman El-shirazy..tp lupe tajuknye..

    ReplyDelete

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

visitor