Sponsored

Saturday, August 6, 2011

Kisah Seekor Anak Singa

Di sebuah belantara, tinggal sekawanan rusa. Mereka hidup berpindah randah kerana takut dimakan haiwan pemangsa. Setiap hari mereka akan berpindah ke kwasan lain untuk mencari makanan.

Hari berganti hari, mereka tiba di sebuah kawasan padang yang luas. Padang rumput yang hijau itu bagaikan syurga bagi mereka. Sedang enak mejamu selera, tiba-tiba seekor rusa terjumpa seekor anak singa di bawah sebatang pokok. Pada mulanya, dia hendak lari. Akan tetapi si anak singa menangis kerana takut. Lalu timbul rasa keibuan dalam diri si rusa tadi lantas membawa anak singa ke dalam kumpulannya.



Maka, si singa dibesarkan dalam kawanan rusa. Jika rusa berlari, si anak singa juga berlari. Jika si rusa makan rumput, maka si anak singa juga ikut makan rumput. Sehinggalah dewasa, si singa ini sudah menunjukkan rupa singanya. Namun, sifatnya masih seperti rusa.

Makan, ditakdirkan pada suatu hari kumpulan si rusa ini diserang oleh seekor singa. Lalu berlarilah kawanan rusa menyelamatkan diri termasuklah anak singa. Malangnya, seekor anak rusa ditangkap oleh si singa. Si ibu cuba menyelamatkan anaknya namun gagal. maka matilah anak rusa di makan singa.

setelah agak lengan, si ibu pergi kepada anak singa..
"Mengapa kau tak selamatkan kami?"
"Bagaimana aku hendak selamatkan kamu? aku juga takutkan singa."
"Apa kau tak sedar kau adalah singa yang mampu mengaum lebih hebat dari singa tadi?"
"Aku tidak tahu...."
Lalu kumpulan rusa itu pergi meninggalkan si singa. Singa terpinga-pinga...siapakh dirinya...

Begitulah manusia. Tidak pernah sedar akan kekuatan diri sendiri kerana dibesarkan dalam suasana yang begitu mewah. Kerana itu timbul kes jampi menjampi, ilmu hitam, bunuh diri, malas bekerja, dan banyak lagi kerana tidak pernah tahu kekuatan diri sendiri sehingga meminta bantuan daripada makhluk yang lebih lemah.

Tingkatkan amalan, kenal jati diri dan sejarah diri manusia. Salam dari SYURITA..

Wednesday, August 3, 2011

Saat aku ditalkinkan

Assalamualaikum wr wb
Sebak dada bila membaca email ni....but its good ...
Semoga kita insaf dan menjadi pelajaran. InsyaAllah...

Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini.Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak.

Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.Derita sngguh.nafasku sesak.

Monday, August 1, 2011

Dimana teman terbaik? (Finale!)

Seteleh tiba di rumah, si lelaki tadi memberi salam dan masuk ke rumah. Namun, di rumahnya tiada seorang pun.
Si putera hairan, apa lelaki ini tidak ada ibu bapa atau adik beradik?
"Masuklah wahai putera. Inilah rumah ku. Tidaklah sehebat istanamu. si lelaki tadi tersenyum.
"Dimana keluarga mu?"


"Oh, mereka sedang bercucuk tanam di belakang rumah. Sebentar lagi mereka balik."

Sunday, July 31, 2011

Dimana teman terbaik? (Siri 2)

Salam Ramadhan semua! Hari ni nak sambung la cerita kat bawah ni. Kisah si anak raja cari sahabat kan? jom layan!

Setelah si lelaki tadi melihat dua biji telur itu, dia terus memakannya. Tanpa mempedulikan si anak raja tadi. Maka, si putera pun kecewa dengan sahabatnya itu. Sungguh ketara dan teserlah sikap pentingkan dirinya.


Keesikan harinya, si putera raja turun ke kampung-kampung untuk mencari sahabat yang baik. Dalam perjalanan, si putera kepenatan dan berehat di bawah sebatang pokok.

Friday, July 29, 2011

Dimana teman terbaik? (siri 1)

Kat sebuah negeri, ada seorang raja yang sudah agak berumur juga. Dia cuma ada seorang anak lelaki untuk menaiki takhta setelah kemangkatannya kelak. Namun, si raja kebingungan...mana mungkin anaknya yang masih muda mampu menguruskan negara seorang diri. Si raja menyuruh anaknya mencari teman yang bijak dan adil untuk memerintah negara.




Persoalannya, bagai mana untuk mencari orang seperti itu? Di luar sana pasti ramai yang bertopeng kan manusia.
"Anak ku, ayah sudah tua. Tidak lama lagi ayah akan meninggalkan kau dan kerajaan itu sebagai amanah untuk kau. Kau mesti mecari seorang sahabat yang setia untuk sama-sama bersama engkau."

Si putera kebingungan..."Bagaimana caranya ayah?"

"Caranya, kau jemput rakanmu untuk makan di istana ini. Biarkan mereka datang dengan kelaparan. dan ayah sudah memberi pesan kepada dayang istana untuk memberikan makan yang terbaik buat mereka. Bagaimana mereka memakannya? itu terpulang kepada mereka. Jika elok di matamu, maka itulah sahabat yang engkau cari selama ini."

Si putera semakin  kebingungan...apa muslihat ayahnya itu?

Keesokan harinya, si putera membewa sahabat baiknya ke istana. Si raja gembira melihat kedatangan rakan anaknya itu. Lalu mereka dijemput untuk duduk di meja makan dan dihidangkan dengan makanan yang ditutup.

Setelah dibuka, alangkah terkejutnya si tetamu melihat hanya dua biji telur yang dihidangkan?
"Apa ini? kau katakan makanan istimewa? Ini yang kau katakan istimewa?" Si tetamu lantas menghempas meja dan berlalu pergi. Kini barulah si putera tahu muslihat ayahnya itu...



Keesokan harinya, si putera membawa seorang lagi rakannya yang sangat dipercayai. Oleh kerana sahabatnya ini berfikiran bahawa jemputan dari istana, pasti makanan yang dihidangkan juga sangat sedap. Lalu dia membiarkan perutnya kelaparan dari pagi.

Setibanya di istana...si lelaki tadi juga terkejut melihat hanya dua biji telur...
(Apa yang dia akan lakukan? tggu Syurita update lagi ek? :))

Wednesday, July 27, 2011

Tuhan itu tiada? Atau awak yang tiada?

Seorang lelaki pergi ke pasar untuk meggunting rambutnya. Seperti selalu, si lelaki tadi berborak dengan tukang gunting dan bercerita pelbagai kisah. Maklumlah, lelaki tadi sememangnya seorang yang peramah...

Sampailah ke satu tahap, mereka bercerita tentang ketuhanan...
Si tukang gunting berkata.."Aku tak percaya bahawa tuhan itu wujud.."
Si lelaki tadi hairan.."Kenapa pula?"
Si tukang gunting menjawab.." Sebab, kalau tuhan wujud, pasti tiada orang yang susah. Bukankah tuhan itu maha kaya? Maha pengasih? Dimana kasihnya? Mengapa tak mampu bagi semua orang kaya?"



Si lelaki tadi hanya terdiam. Tidak mahu perbalahan panjang berlaku...

Lantas si lelaki tadi membayar upah tukang gunting dan berlalu pergi....

Setelah beberapa langkah, si lelaki tadi melihat ada seorang lelaki yang berambut panjang. Mukanya juga comot dan janggut serta misainya panjang tidak terurus.

Lantas lelaki itu bergegas mencari tukang gunting tadi dan berkata.."Oh tukang gunting rambut! dalam dunia ini tak ada tukang gunting rambut!"

Si tukang gunting ternganga sebentar....
"Kau cakap apa ni? Baru tadi aku gunting rambut kau. Aku ni tukang gunting lah!"
"Habis, kalau ada tukang gunting mengapa ada lelaki tadi ku lihat rambutnya panjang dan jambangnya juga panjang tidak terurus?

Si tukang gunting bengang dan berkata..."Itu kesilapan mereka tak datang kepada aku untuk menggunting rambut!"
Si lelaki tadi tersenyum dan berkata..."Begitulah juga tuhan. Dia memang wujud. Tetapi berapa ramai yang datang kepadanya untuk meminta pertolongan dan meyakini kewujudan-Nya? Maka silap engkau lah yang tidak datang kepadanya lantas tidak percaya kewujudannya..."

P/S Syurita: makhluk itu ramai dan tuhan itu satu..mengapa dapat Allah menjaga hubungan dengan kita sedangkan kita tidak mampu hanya menjaga satu hubungan kita dengan Allah?

Tuesday, July 26, 2011

kalau lah Lelaki jadi Isteri

Ada sepasang suami isteri yang telah lama mendirikan rumah tangga. Sudah ada 3 orang anak pun. Tapi masih kelihatan tidak serasi...

Si suami selalu berkata...: Ko ni duduk rumah je. Relax. Takda buat apa. Aku kat luar tu payah nak cari rezeki untuk sara hidup kita ni tau? 



si isteri lak diam je...tak tau nak cakap apa. 

Pada malam itu, si suami tidur berasingan sebab marahkan isteri....

Bila mentari terbit, si suami bangun dan terasa badannya berat. ntah mengapa hari ini lewat pula bangun..
Di lihatnya isteri sudah tiada. kemana pula isterinya itu awal2 pagi??

Bila melihat cermin...oh!! tidak!! Dia sudah menjadi isteri a.k.a perempun!! Ah! Gembira rasanya. Tidak usah bangun awal pagi lahi untuk turun menoreh getah.

Oh, anak2 sudah menjerit meminta sarapan. Lantas dia menyediakan sarapan untuk anak2 dan menyiapkan pakaian mereka. Selesai sahaja menyiapkan anak-anak dan sarapan, terpaksa pula ke bilik air untuk mencuci pakaian.
Wah! banyaknya pakaian untuk dicuci!

Hampir berjam juga menyiapkan kerja mencuci pakaian.
selesai menyidai, terpaksa pula mencuci pinggan dan mengemas rumah. Selepas ini kena masak untuk makanan tengah hari pula. 

Keringat seharian terasa hampir habis. Namun baru separuh hari berlalu...terasa masa sgt lambat berlalu...

Selesai memasak, terpaksa pula melipat pakaian yang membusut tinggi. selepas ini anak-anak hendak balik pula. 

selesai menguruskan anak-anak yang abru balik....Terpaksa pula mengemas kembali meja makan yang berterabur. selepas ini suami pula yang balik.
Tanpa sedar hari sudah senja. Baru hendak melelapkan mata seketika, anak-anak sudah meraung mahu makan petang. Terpaksa pula menyediakan makanan petang dan mengurusakn anak-anak untuk mandi.

Makanan malam pula perlu disediakan awal. Kalau tak, kelam kabut pula selepas ini.
tatkala malam, ingatkan boleh rehat...tetapi terpaksa pula mengemas bilik anak-anak untuk tidur. Nak buat pagi tadi, tak sempat pula. Akhirnya hari ini sudah tamat...barulah boleh melelapkan mata...
oh tidak!! Belum lagi selesai....terpaksa pula melayan suami...

ARGHH!!! Si suami terjaga dari lenanya...bila di toleh, isterinya masih nyenyak tidur di katil.
Astaghfirullah...termimpi rupanya. Nasub baik aku masih lelaki...
Pagi itu, si suami mengemas rumah dan membasuh pinggan mangkuk serta mencuci pakaian sebelum turun menoreh getah...kasih pula melihat isterinya bekerja seharian tanpa hanti...
jika di bandingkan dengan dirinya yang masih mampu duduk di warung dan minum kopi...

P/S Syurita : Baru suri rumah sepenuh masa...macam mana bagi ibu yang bekerja?? Pasti lebih dahsyat kan?? :) Hargai isteri serta suami anda..:)

Monday, July 25, 2011

Hubungan seks antara jin dan manusia...mungkin kah?

Dewasa ini. sering kita dengar seseorang melakukan pernikahan hingga hubungan seks dengan bangsa jin. Tapi hampir sebagian besar masyarakat kita meyakini bahwa hal tersebut tidak mungkin terjadi, sebab bila kita berpikir secara rasional bagaimana bisa dua makhluk yang berbeda dapat berhubungan. Manusia merupakan makhluk yang berasal dari bumi atau tanah, sedangkan jin merupakan makhluk yang tercipta dari api.


Sebetulnya jin terbagi atas dua jenis yakni jin kafir dan jin islam. Jin islam adalah jin yang hidup di alam jin, dan menjalankan tugas dan kewajiban dari Tuhan, dan menurun beberapa orang sama seperti manusia. Sedangkan jin kafir merupakan jin pembangkang dan kadang kala sering menampakkan diri di alam manusia. Jin kafir ini selalu mendatangi manusia dengan cara menyerupai ruh orang-orang yang telah mati. Jin jenis ini kadang memiliki ilmu yang cukup tinggi dan akhirnya dapat berinteraksi dengan manusia, hingga melakukan hubungan seks dengan manusia.
Hasil hubungan seks antara manusia dan jin ini adalah sebuah keturunan yang akan menjadi golongan makhluk jin atau sering disebut anak jin. Hal ini dapat dipahami secara logika, sebab bagaimana mungkin dapat menghasilkan anak manusia, sebab dalam proses reproduksi dalam manusia dibutuhkan pembuahan yakni sperma yang dapat membuahi sel telur pada rahim seseorang.
Menurut beberapa orang, seseorang yang menikah dengan jin dapat memiliki puluhan anak jin. Anak jin ini akan tubuh besar layaknya manusia dalam lingkungan alam jin. Sehingga manusia pada umumnya tidak dapat melihat wujud dari anak tersebut, tetapi mereka akan mengetahui ciri-ciri kehamilan pada wanita yang menikah dengan pria jin, seperti perut buncit.
Kebanyakan masyarakat menganggap melakukan hubungan seks dengan jin merupakan tindakan menyimpang. Meskipun hubungan dapat dilakukan oleh manusia dengan jin kafir yang menjelma seperti manusia biasa dan cenderung memiliki ilmu yang cukup tinggi. Sehingga manusia tersebut dengan mudah dapat diperdaya oleh segala kekuatan dan sihir yang dimiliki oleh jin. Meskipun berhubungan badan antara manusia dan jin dapat terjadi, tetapi hal tersebut tidak dapat dibenarkan, sebab hal ini dapat digunakan untuk menutupi tindakan tidak benar seseorang. Misalnya seseorang yang hamil di luar nikah dapat berbohong dengan mengaku telah menikah dengan jin, dan tentu hal ini tidak dapat dibenarkan.


Saturday, July 23, 2011

Kuntilanak..apakah itu?

Masyarakat Malaysia pasti sudah tidak asing lagi dengan istilah kuntilanak, sebuah gambaran dari hantu perempuan yang mempunyai rambut panjang dan bergaun putih telah melekat di benak setiap masyarakat Indonesia. Hantu kuntilanak menjadi sebuah misteri yang telah terlanjur mengakar kuat di kalangan masyarakat yang masih menjunjung tinggi nilai-nilai mistis.


Bahkan tidak sedikit juga yang pernah melihat penampakan kuntilanak sebagai hantu perempuan yang membawa bayi, karena diyakini kuntilanak tersebut merupakan arwah dari perempuan yang sedang hamil dan meninggal dunia dan arwahnya gentayangan. Jika kita pikir lagi sebagai manusia yang percaya akan adanya Tuhan, sebenarnya manusia yang telah mati arwahnya akan kembali ke penciptanya sehingga tidak ada istilah arwah yang gentayangan.
Terus apa sebenarnya kuntilanak atau hantu-hantu yang lain jika bukan arwah orang yang meninggal dalam keadaan gentayangan? Dan apakah ada penelitian yang telah dilakukan dan bisa membuktikan tentang keberadaan hantu-hantu tersebut.
Memang sulit membuktikan keberadaan hantu kuntilanak secara ilmiah, dari mana dia berasal dan dalam rangka apa dia menampakkan diri. Pikiran kita telah banyak mendapatkan pembodohan secara turun temurun dari generasi ke generasi sehingga menganggap suatu kebodohan tersebut adalah sebuah kebenaran.
Hal-hal yang ada di masyarakat dan kita lakukan di luar rasional di antaranya seperti perlakuan terhadap wanita hamil yang meninggal mendapatkan perlakuan khusus pada saat pemakamannya. Hal tersebut bertujuan untuk menanggulangi agar arwah wanita hamil tersebut setelah meninggal tidak gentayangan dan menjadi hantu kuntilanak.
Penancapan paku diubun-ubun mayat wanita hamil dipercaya dapat mengikat arwahnya sehingga tenang dan tidak gentayangan. Dan jika ada hantu kuntilanak yang gentayangan maka kita tinggal menancapkan paku kuntilanak di ubun-ubunnya dan kuntilanak tersebut akan berubah menjadi wanita cantik dan bisa dinikahi, dan dipercaya jika ada yang berani menikahi kuntilanak maka orang tersebut akan sukses dalam kehidupannya didunia.
Anggapan di atas merupakan sebuah kekeliruan yang besar, mitos ataupun cerita yang tidak ada dasarnya tersebut telah terlanjur menjadi hukum yang diyakini kebenarannya. Padahal hal tersebut merupakan sebuah perilaku syirik dan tidak ada dasar hukumnya.
Jika kita seorang muslim kita bisa mengembalikan hal ini kepada dasar hukum kita sebagai seorang muslim. Dalam Al-Quran ataupun Al-Hadist sebagai pegangan seorang muslim tidak pernah disinggung mengenai adanya hantu kuntilanak. Tapi di sana disebutkan bahwa ada kehidupan lain selain manusia yang ada di dunia ini, dua kehidupan tersebut berlainan dimensinya sehingga satu sama lain tidak akan bisa saling berhubungan.
Jin adalah penghuni dimensi lain tersebut, jin pun juga sama seperti manusia ada yang baik dan ada pula yang jahat. Jin yang jahat biasanya dia akan berusaha mengganggu manusia. Jin yang sudah berilmu tinggi akan mampu merubah bentuk sesuai yang diinginkan dan akan mampu menampakkan dirinya sehingga dapat dilihat oleh manusia.
Seperti hantu kuntilanak dan hantu-hantu lain yang merupakan usaha dari jin jahat untuk mengelabui manusia sehingga manusia akan melakukan tindakan-tindakan bodoh yang di luar rasional.

Thursday, July 21, 2011

Misteri jenglot secara ilmiah

Dunia mistik sepertinya tidak akan pernah kehilangan “pesona”-nya. Salah satu fenomena menarik di kalangan pecinta dunia mistik adalah jenglot. Menurut kepercayaan mereka, jenglot adalah mumi manusia mini dengan ukuran kurang dari 20 cm dengan pofil wajah menyerupai tengkorak dan bertaring. Di Indonesia, jenglot ditemukan di berbagai daerah seperti di Jawa, Kalimantan dan Bali. Untuk kalangan medis, fenomena jenglot cukup menarik untuk diselidiki lebih lanjut. Benarkah jenglot itu manusia yang pernah hidup? Para ahli sudah merancang berbagai analisa ilmiah tentang jenglot. Apa hasil analisa ilmiah tersebut?


Menurut para ahli forensik di Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo Jakarta, analisa ilmiah secara medis telah menunjukkan bahwa jenglot bukanlah makhluk hidup seperti selama ini diyakini.

Motivasi Bisnes: Robert T.Kiyosaki Pun Bermula Lewat?

Motivasi Bisnes:
Assalamualaikum  pelabur hartanah & bakal pelabur hartanah serta para pembaca sekalian.
Apa khabar hari ini? Diharap semoga semangat untuk mendalami ilmu & melabur dalam hartanah masih lagi berkobar-kobar. Walaupun dalam ekonomi sekarang yang tidak menentu namun itu bukan alasan untuk kita tidak melabur dalam hartanah & minda kita.

Pada kali ini HAMKA ingin berkongsi cerita kejayaan Robert T Kiyosaki iaitu salah seorang pelabur hartanah yang berjaya di Amerika. Hingga ke hari ini beliau telah memiliki lebih daripada 2000 buah hartanah di seluruh dunia.
Robert T Kiyosaki dilahirkan pada 8 April 1947 di Pulau Hilo, Hawai. Selepas tamat dari Hilo High School, Robert T Kiyosaki menyertai U.S. Merchant Marine Academy di Kings Point, New York. Robert T Kiyosaki selamat bergraduasi dari U.S. Merchant Marine Academy di Kings Point pada 1969. Kemudian Robert T Kiyosaki menyertai menyertai Tentera Laut A.S dan pergi ke Vietnam sebagai seorang pegawai tentera dan pemandu helikopter perang.

Motivasi : Kisah Shawn BeatBoxer Muda Malaysia

Motivasi : Kisah Shawn BeatBoxer
Gunakan lidah, bibir dan suara serentak
BUNYI-BUNYIAN yang terhasil daripada mulut remaja bernama Shawn Lee ini menerbitkan seribu satu persoalan tentang bagaimana anak muda itu mampu mengeluarkan bunyi-bunyi yang mustahil dilakukan manusia.
Penerima Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) ke-18 itu kini mampu menghasilkan lebih 50 bunyi dengan mulutnya.
Dia yang juga pernah muncul dalam drama bersiri Hikayat Putera Shazlan gemar melakukan bunyi binatang dengan bunyi cengkerik menjadi bunyi kegemarannya.

Motivasi Diri : [3 Kaedah Menghadapi Kegagalan]

Motivasi : 3 Kaedah Menghadapi Kegagalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca! Bagaimana hari ini? Terus bermotivasi? Ayuh hari ini Hamka akan kongsikan sedikit tentang 3 Pola Utama Tanggapan Manusia Dalam Menghadapi Sesuatu Masalah.

Tips Motivasi: Cara Rasulullah SAW Menjaga Kesihatan

Tips Motivasi Hari Ini:
 Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera  buat para pembaca. Terima kasih atas sokongan kalian yang terus-menerus menyokong MotivasiSantai.com. Hari ini HAMKA akan kongsikan Cara Rasulullah SAW Menjaga Kesihatan.
BAGAIMANAKAH cara hidup yang diamalkan Rasulullah s.a.w yang perlu umat Islam contohi? Mencontohi Nabi bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek kehidupan kita.
Kali ini penulis ingin kongsikan bersama cara hidup sihat Nabi Muhammad amalkan. Bukan bermakna nabi terhindar daripada penyakit, tetapi baginda sebenarnya hanya pernah sakit beberapa kali saja.
Baginda sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas berat dan mencabar. Perhatikan perbezaan dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta penderitaan.
Badan kita kelihatan sihat, tetapi kebanyakannya hati berpenyakit. Antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan adalah:

Wednesday, July 20, 2011

Imej Mawar Merah Dilangit, Tanda Kiamat Semakin Hampir.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca sekalian. Lama rasanya tidak bersua. Hari ini Hamka akan kongsikan gambar Mawar Merah di langit yang telah terakam secara tidak sengaja oleh pihak NASA. Perkara ini pada awalnya dirahsiakan,  namun akhirnya disebarkan melalui akhbar Al-Ahram dan laman web NASA.
Ianya menjadi salah satu bukti dan dalil kekuasaan Allah SWT dan kebenaran Firman Allah SWT.
“SELAIN ITU SESUNGGUHNYA (NGERI) TATKALA LANGIT PECAH-BELAH LALU MENJADILAH MAWAR MERAH, BERKILAT SEPERTI MINYAK”

Gambar ini menunjukkan imej kehancuran alam langit yang digambarkanNya melalui FirmanNya dalam Surah Ar-Rahman ayat 37 dan 38.
Semoga ianya menjadi iktibar buat kita. Sentiasalah kita beringat bahawa hidup kita di dunia ini hanyalah sementara dan bukannya untuk bersuka-ria tetapi untuk beribadah kepadaNya! Wallahu’alam.
Moga bertemu lagi. Fikir-fikirkan..

View the original article here

Kisah seorang pelukis

Seorang pelukis berjaya mendapat pengiktirafan daripada gurunya. Setelah sekian lama melukis, dia berhasrat untuk menguji lukisannya kepada orang ramai. sehingga lah pada 1 hari, dia melukis sebuah lukisan tentang kehidupan di atas bukit. setelah hampir setengah hari melukis, dia akirnya menyiapkan lukisannya. Lantas dia membawa lukisannya ke pasar. lalu dia mengumpulkan semua warga kota dan berkata:

        "Ini lukisan terbaik ku. jika ada apa2 yang tidak elok pada lukisan ini, sila tandakan dengan tanda pangkah atau bulat. Kerjasama semua warga kota amat saya hargai.."
         Setelah selesai, dia meletakkan lukisannya di hadapan sebuah dewan. Menjelang keesokan harinya, dia datang semula ke dewan tersebut. alangkah sedihnya pelikis itu bila melihat banyak kesan pangkah dan bulatan pada lukisannya. dia membawa lukisan terbaiknya itu kepada gurunya. Dengan sayu dia menyatakan apa yang telah berlaku.
       "jangan risau anak muridku. Siapkan sebuah lukisan yang sama. Aku mahu yang serupa dengan yang ini. Jangan kurangkan walau sedikitpun."
       "Kenapa guru?"
       "jangan tanya mengapa. Esok, serahkan kepadaku."
       Lalu si pelukis membawa membuat satu lukisan yang serupa. Hampir semalaman dia tidak tidur menyiapkan lukisannya. setelah pagi menjelma, dia membawa lukisannya kepada gurunya.
       "Mari, ikut aku ke kota. Lalu mereka membawa lukisan itu beserta bahan lukisan ke kota. Gurunya mengumpulkan orang kota dan berkata:
       "Kepada semua warga kota. Ini adalah lukisan terbaik yang aku pernah cipta. Jika ada apa2 yang tidak kena pada lukisan ini, sila betulkan mengguna alat lukisan yang aku gunakan ini. Atau siapkan 1 lukisan yang lebih baik dari lukisan ini."
       Lalu mereka pun balik. Keesikkan harinya, mereka pun kembali menjenguk lukisan yang mereka pamerkan. alangkah terkejutnya si pelukis melihat lukisan itu langsung tidak terusik!

Tolong Khabarkan pada si dia..

Tolong sampaikan pada si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia hanya akan membuatnya alpa..


Tolong nasihati si dia, jgn menyintaiku lbh dr dia menyintai Allah Hu Ya Waduud( Maha Menyinta-Mengasihi)
Tolong nasihati si dia, jgn mengingatiku lbh dr dia mengingati Allah Hu Ya Latiff (Maha Lembut)
Tolong nasihati si dia, jgn mendoakanku lbh dr dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah krn di situ ada syurgaNya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya krn di telapak kakinya ada syurgaNya..

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat karena imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia, aku mengasihinya karena akhaqnya..






Tolong tegur si dia, bila dia mulai mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu membuai fikirannya..

Tolong sedarkan si dia, aku milik Allah Hu Ya Khaliq ( Maha Mencipta)
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia,tanggung jawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan didekati karena menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak memisahkan hingga mejadi penyebab tumbuhnya kerinduannya..






Tolong pesankan padanya, aku tidak mau menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesankan padanya, aku tak mau menjadi penyebab kegagalannya..
Tolong pesankan padanya, hanya doa yang bisa kupanjatkan biarkan Allah Hu Ya Muhaimin (Maha Memelihara) menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mau mengecewakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia, aku mau dia berhasil dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah pendorong semangatku dalam berikhtiar dan berusaha..

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta karena Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Allah Hu Ya Karim (Maha Mulia)..
Tolong sampaikan kepada si dia karena aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Semoga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Semoga dia ibarat seekor lebah yang sentiasa memuji keagunganMu Ya Allah Hu Ya Kabir(Maha Besar)

Monday, July 18, 2011

Welcome to Bintulu Sarawak!!

Yah!! Setelah mendapat cuti seminggu, aku berjaya juga balik ke rumah. Rindu nak tgk Astro, internet yang cukup pantas, makanan free mak masak, dan tgk adik2 serta kakak. Flight dari Kuching ke Bintulu 45 min je rupanya....

Aku balik ni naim Air Asia. Flight pukul 9.45 am. Time sampai airport kuching, ramai aku tgk mat saleh. Biasa tak macam ni pun. then aku terserempak la dgn kontijen Sarawak. Tak tau la pulak wakil untuk apa. Yang pasti diaorang ni wakil Sarawak. Best ooo!!

Pasar Bintulu

Yang tak sedap atinya masa kat kabin pesawat tu, ntah bau apa yang keluar. Bau mcm minyak terbakar pun ader gak. seram gak aku. then suddenly lampu dlm kabin terpadam kejap. Takut la jgk. Nak berlepas ni!!!
Boleh tido lak crew AirAsia sorang ni....

Tp Alhamdulillah semuanya ok. Aku tiba kat Bintulu dalam pukul 10:10 am. Aku ingat 1 jam. rupanya 45 min je. Sebab dulu aku naik MASwing balik. tu la lain skit.

Anyway, selamat tiba di Bintulu! Next week kena balik Kuchg lagi untuk sambung kuliah! Yeah!!!

Saturday, July 16, 2011

Dongeng Malin Kundang

Malin Kundang adalah cerita rakyat yang berasal dari provinsi Sumatra Barat, Indonesia. LegendaMalin Kundang berkisah tentang seorang anak yang durhaka pada ibunya dan karena itu dikutuk menjadi batu. Sebentuk batu di pantai Air Manis, Padang, konon merupakan sisa-sisa kapal Malin Kundang.


Malin termasuk anak yang cerdas tetapi sedikit nakal. Ia sering mengejar ayam dan memukulnya dengan sapu. Suatu hari ketika Malin sedang mengejar ayam, ia tersandung batu dan lengan kanannya luka terkena batu. Luka tersebut menjadi berbekas dilengannya dan tidak bisa hilang.
Karena merasa kasihan dengan ibunya yang banting tulang mencari nafkah untuk membesarkan dirinya. Malin memutuskan untuk pergi merantau agar dapat menjadi kaya raya setelah kembali ke kampung halaman kelak.
Awalnya Ibu Malin Kundang kurang setuju, mengingat suaminya juga tidak pernah kembali setelah pergi merantau tetapi Malin tetap bersikeras sehingga akhirnya dia rela melepas Malin pergi merantau dengan menumpang kapal seorang saudagar.Selama berada di kapal, Malin Kundang banyak belajar tentang ilmu pelayaran pada anak buah kapal yang sudah berpengalaman.
Di tengah perjalanan, tiba-tiba kapal yang dinaiki Malin Kundang di serang oleh bajak laut. Semua barang dagangan para pedagang yang berada di kapal dirampas oleh bajak laut. Bahkan sebagian besar awak kapal dan orang yang berada di kapal tersebut dibunuh oleh para bajak laut. Malin Kundang beruntung, dia sempat bersembunyi di sebuah ruang kecil yang tertutup oleh kayu sehingga tidak dibunuh oleh para bajak laut.
Malin Kundang terkatung-katung ditengah laut, hingga akhirnya kapal yang ditumpanginya terdampar di sebuah pantai. Dengan tenaga yang tersisa, Malin Kundang berjalan menuju ke desa yang terdekat dari pantai. Desa tempat Malin terdampar adalah desa yang sangat subur. Dengan keuletan dan kegigihannya dalam bekerja, Malin lama kelamaan berhasil menjadi seorang yang kaya raya. Ia memiliki banyak kapal dagang dengan anak buah yang jumlahnya lebih dari 100 orang. Setelah menjadi kaya raya, Malin Kundang mempersunting seorang gadis untuk menjadi istrinya.
Berita Malin Kundang yang telah menjadi kaya raya dan telah menikah sampai juga kepada ibu Malin Kundang. Ibu Malin Kundang merasa bersyukur dan sangat gembira anaknya telah berhasil. Sejak saat itu, ibu Malin setiap hari pergi ke dermaga, menantikan anaknya yang mungkin pulang ke kampung halamannya.
Setelah beberapa lama menikah, Malin dan istrinya melakukan pelayaran disertai anak buah kapal serta pengawalnya yang banyak. Ibu Malin yang melihat kedatangan kapal itu ke dermaga melihat ada dua orang yang sedang berdiri di atas geladak kapal. Ia yakin kalau yang sedang berdiri itu adalah anaknya Malin Kundang beserta istrinya.
Ibu Malin pun menuju ke arah kapal. Setelah cukup dekat, ibunya melihat belas luka dilengan kanan orang tersebut, semakin yakinlah ibunya bahwa yang ia dekati adalah Malin Kundang. “Malin Kundang, anakku, mengapa kau pergi begitu lama tanpa mengirimkan kabar?”, katanya sambil memeluk Malin Kundang. Tetapi melihat wanita tua yang berpakaian lusuh dan kotor memeluknya Malin Kundang menjadi marah meskipun ia mengetahui bahwa wanita tua itu adalah ibunya, karena dia malu bila hal ini diketahui oleh istrinya dan juga anak buahnya.
Mendapat perlakukan seperti itu dari anaknya ibu Malin Kundang sangat marah. Ia tidak menduga anaknya menjadi anak durhaka. Karena kemarahannya yang memuncak, ibu Malin menyumpah anaknya “Oh Tuhan, kalau benar ia anakku, aku sumpahi dia menjadi sebuah batu”.
Tidak berapa lama kemudian Malin Kundang kembali pergi berlayar dan di tengah perjalanan datang badai dahsyat menghancurkan kapal Malin Kundang. Setelah itu tubuh Malin Kundang perlahan menjadi kaku dan lama-kelamaan akhirnya berbentuk menjadi sebuah batu karang. Sampai saat ini Batu Malin Kundang masih dapat dilihat di sebuah pantai bernama pantai Aia Manih, di selatan kota Padang, Sumatera Barat.

Bicara lembu dengan pengembalanya

Di sebuah kampung, tinggal seorang pengembala lembu. Setiap hari dia akan membewa lembunya keluar meragut rumput dan pulang tatkala senja.
Pada suatu hari, berbicara la si lembu dengan tuannya...




Lembu : tuan ni makan apa setiap hari?
Pengembala: Aku makan nasik. 
Lembu: Oh, kita tak sama...tuan tidur di mana setiap malam?
Pengembala: Aku tidur di atas katil. 
Lembu: Oh, itu juga tidak sama...aku setiap hari makan rumput.
Tuan tinggal di mana?
Pengembala: Aku tinggal di rumah. 
Lembu: Juga tidak sama. Aku tinggal di kandang...

Lalu kedengaran azan berkumandang...

Lembu: Tuan tidak solat ke?
Pengembala: Tak....
Lembu: oh! yang ini kita serupa!

P/S: Kalau tak solat tu paham2 la ye.....

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

visitor