Sponsored

Wednesday, July 27, 2011

Tuhan itu tiada? Atau awak yang tiada?

Seorang lelaki pergi ke pasar untuk meggunting rambutnya. Seperti selalu, si lelaki tadi berborak dengan tukang gunting dan bercerita pelbagai kisah. Maklumlah, lelaki tadi sememangnya seorang yang peramah...

Sampailah ke satu tahap, mereka bercerita tentang ketuhanan...
Si tukang gunting berkata.."Aku tak percaya bahawa tuhan itu wujud.."
Si lelaki tadi hairan.."Kenapa pula?"
Si tukang gunting menjawab.." Sebab, kalau tuhan wujud, pasti tiada orang yang susah. Bukankah tuhan itu maha kaya? Maha pengasih? Dimana kasihnya? Mengapa tak mampu bagi semua orang kaya?"



Si lelaki tadi hanya terdiam. Tidak mahu perbalahan panjang berlaku...

Lantas si lelaki tadi membayar upah tukang gunting dan berlalu pergi....

Setelah beberapa langkah, si lelaki tadi melihat ada seorang lelaki yang berambut panjang. Mukanya juga comot dan janggut serta misainya panjang tidak terurus.

Lantas lelaki itu bergegas mencari tukang gunting tadi dan berkata.."Oh tukang gunting rambut! dalam dunia ini tak ada tukang gunting rambut!"

Si tukang gunting ternganga sebentar....
"Kau cakap apa ni? Baru tadi aku gunting rambut kau. Aku ni tukang gunting lah!"
"Habis, kalau ada tukang gunting mengapa ada lelaki tadi ku lihat rambutnya panjang dan jambangnya juga panjang tidak terurus?

Si tukang gunting bengang dan berkata..."Itu kesilapan mereka tak datang kepada aku untuk menggunting rambut!"
Si lelaki tadi tersenyum dan berkata..."Begitulah juga tuhan. Dia memang wujud. Tetapi berapa ramai yang datang kepadanya untuk meminta pertolongan dan meyakini kewujudan-Nya? Maka silap engkau lah yang tidak datang kepadanya lantas tidak percaya kewujudannya..."

P/S Syurita: makhluk itu ramai dan tuhan itu satu..mengapa dapat Allah menjaga hubungan dengan kita sedangkan kita tidak mampu hanya menjaga satu hubungan kita dengan Allah?

9 comments:

  1. memang manusia selalu terlupa Allah itu wujud...

    ReplyDelete
  2. tuhan itu wujud walau tidak dapat dilihat.
    wajib percaya akan itu.hmm.
    manusia mudah merepek bila bala tak henti2
    datang.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulllah, suka baca entri ni. hee.

    ReplyDelete
  4. Ita..tak tahu nak cakap apa..just, rasa calm bila baca :)

    ReplyDelete

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

visitor