Sponsored

Tuesday, July 26, 2011

kalau lah Lelaki jadi Isteri

Ada sepasang suami isteri yang telah lama mendirikan rumah tangga. Sudah ada 3 orang anak pun. Tapi masih kelihatan tidak serasi...

Si suami selalu berkata...: Ko ni duduk rumah je. Relax. Takda buat apa. Aku kat luar tu payah nak cari rezeki untuk sara hidup kita ni tau? 



si isteri lak diam je...tak tau nak cakap apa. 

Pada malam itu, si suami tidur berasingan sebab marahkan isteri....

Bila mentari terbit, si suami bangun dan terasa badannya berat. ntah mengapa hari ini lewat pula bangun..
Di lihatnya isteri sudah tiada. kemana pula isterinya itu awal2 pagi??

Bila melihat cermin...oh!! tidak!! Dia sudah menjadi isteri a.k.a perempun!! Ah! Gembira rasanya. Tidak usah bangun awal pagi lahi untuk turun menoreh getah.

Oh, anak2 sudah menjerit meminta sarapan. Lantas dia menyediakan sarapan untuk anak2 dan menyiapkan pakaian mereka. Selesai sahaja menyiapkan anak-anak dan sarapan, terpaksa pula ke bilik air untuk mencuci pakaian.
Wah! banyaknya pakaian untuk dicuci!

Hampir berjam juga menyiapkan kerja mencuci pakaian.
selesai menyidai, terpaksa pula mencuci pinggan dan mengemas rumah. Selepas ini kena masak untuk makanan tengah hari pula. 

Keringat seharian terasa hampir habis. Namun baru separuh hari berlalu...terasa masa sgt lambat berlalu...

Selesai memasak, terpaksa pula melipat pakaian yang membusut tinggi. selepas ini anak-anak hendak balik pula. 

selesai menguruskan anak-anak yang abru balik....Terpaksa pula mengemas kembali meja makan yang berterabur. selepas ini suami pula yang balik.
Tanpa sedar hari sudah senja. Baru hendak melelapkan mata seketika, anak-anak sudah meraung mahu makan petang. Terpaksa pula menyediakan makanan petang dan mengurusakn anak-anak untuk mandi.

Makanan malam pula perlu disediakan awal. Kalau tak, kelam kabut pula selepas ini.
tatkala malam, ingatkan boleh rehat...tetapi terpaksa pula mengemas bilik anak-anak untuk tidur. Nak buat pagi tadi, tak sempat pula. Akhirnya hari ini sudah tamat...barulah boleh melelapkan mata...
oh tidak!! Belum lagi selesai....terpaksa pula melayan suami...

ARGHH!!! Si suami terjaga dari lenanya...bila di toleh, isterinya masih nyenyak tidur di katil.
Astaghfirullah...termimpi rupanya. Nasub baik aku masih lelaki...
Pagi itu, si suami mengemas rumah dan membasuh pinggan mangkuk serta mencuci pakaian sebelum turun menoreh getah...kasih pula melihat isterinya bekerja seharian tanpa hanti...
jika di bandingkan dengan dirinya yang masih mampu duduk di warung dan minum kopi...

P/S Syurita : Baru suri rumah sepenuh masa...macam mana bagi ibu yang bekerja?? Pasti lebih dahsyat kan?? :) Hargai isteri serta suami anda..:)

10 comments:

  1. setuju sangat..jgn ingat kerja rumah semudah ABC. Try dulu baru cakap..=p

    ReplyDelete
  2. haha..terkene balik kat lelaki, laen kali kite jangan pertikaikan kerja orang....tingkatkan mutu kerja kita dulu

    ReplyDelete
  3. slalu tgk situasi mcm ni... suami mengeluh sbb is3 x keja..duk rumah 24-7... fahamilah wahai suami akan tanggungjawab is3.. saling bantu membantu lebih bahagia... :)

    ReplyDelete
  4. suami isteri masing2 ada peranannya..jalankanlah tanggungjawab dengan hati yang ikhlas...nice story!

    ReplyDelete
  5. Suami isteri saling memerlukan..:-)

    ReplyDelete
  6. bak kata abgkril,nice story! cerita ni ringkas..tp sgt terkesan dihati.. :)

    ~sudah lumrah manusia..selalu merasakan dirinya susah.sedgkn org lain lbh susah darinya..

    ReplyDelete
  7. Ingatlah para suami, isteri bukan hamba disisi.

    ReplyDelete
  8. hehe~~khas for all men..walaupun isteri surirumah kje nye 24hours..weekend pun belum tentu dpt rehat~bg ladies yg berkje lg laaaaaaaa byk kje~~ maka suami2 tlg upah org gaji ye~huhuhu

    ReplyDelete
  9. masing2 mempunyai tanggungjawab. jangan dipersoalkan. Allah dah kata, tanggungjawab suami mencari rzeki dan membiayai keluarga, dan tangunggjawab isteri pula menjaga kebajikan si suami.

    ReplyDelete

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

visitor