Sponsored

Friday, July 29, 2011

Dimana teman terbaik? (siri 1)

Kat sebuah negeri, ada seorang raja yang sudah agak berumur juga. Dia cuma ada seorang anak lelaki untuk menaiki takhta setelah kemangkatannya kelak. Namun, si raja kebingungan...mana mungkin anaknya yang masih muda mampu menguruskan negara seorang diri. Si raja menyuruh anaknya mencari teman yang bijak dan adil untuk memerintah negara.




Persoalannya, bagai mana untuk mencari orang seperti itu? Di luar sana pasti ramai yang bertopeng kan manusia.
"Anak ku, ayah sudah tua. Tidak lama lagi ayah akan meninggalkan kau dan kerajaan itu sebagai amanah untuk kau. Kau mesti mecari seorang sahabat yang setia untuk sama-sama bersama engkau."

Si putera kebingungan..."Bagaimana caranya ayah?"

"Caranya, kau jemput rakanmu untuk makan di istana ini. Biarkan mereka datang dengan kelaparan. dan ayah sudah memberi pesan kepada dayang istana untuk memberikan makan yang terbaik buat mereka. Bagaimana mereka memakannya? itu terpulang kepada mereka. Jika elok di matamu, maka itulah sahabat yang engkau cari selama ini."

Si putera semakin  kebingungan...apa muslihat ayahnya itu?

Keesokan harinya, si putera membewa sahabat baiknya ke istana. Si raja gembira melihat kedatangan rakan anaknya itu. Lalu mereka dijemput untuk duduk di meja makan dan dihidangkan dengan makanan yang ditutup.

Setelah dibuka, alangkah terkejutnya si tetamu melihat hanya dua biji telur yang dihidangkan?
"Apa ini? kau katakan makanan istimewa? Ini yang kau katakan istimewa?" Si tetamu lantas menghempas meja dan berlalu pergi. Kini barulah si putera tahu muslihat ayahnya itu...



Keesokan harinya, si putera membawa seorang lagi rakannya yang sangat dipercayai. Oleh kerana sahabatnya ini berfikiran bahawa jemputan dari istana, pasti makanan yang dihidangkan juga sangat sedap. Lalu dia membiarkan perutnya kelaparan dari pagi.

Setibanya di istana...si lelaki tadi juga terkejut melihat hanya dua biji telur...
(Apa yang dia akan lakukan? tggu Syurita update lagi ek? :))

1 comment:

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

visitor