Sponsored

Saturday, August 6, 2011

Kisah Seekor Anak Singa

Di sebuah belantara, tinggal sekawanan rusa. Mereka hidup berpindah randah kerana takut dimakan haiwan pemangsa. Setiap hari mereka akan berpindah ke kwasan lain untuk mencari makanan.

Hari berganti hari, mereka tiba di sebuah kawasan padang yang luas. Padang rumput yang hijau itu bagaikan syurga bagi mereka. Sedang enak mejamu selera, tiba-tiba seekor rusa terjumpa seekor anak singa di bawah sebatang pokok. Pada mulanya, dia hendak lari. Akan tetapi si anak singa menangis kerana takut. Lalu timbul rasa keibuan dalam diri si rusa tadi lantas membawa anak singa ke dalam kumpulannya.



Maka, si singa dibesarkan dalam kawanan rusa. Jika rusa berlari, si anak singa juga berlari. Jika si rusa makan rumput, maka si anak singa juga ikut makan rumput. Sehinggalah dewasa, si singa ini sudah menunjukkan rupa singanya. Namun, sifatnya masih seperti rusa.

Makan, ditakdirkan pada suatu hari kumpulan si rusa ini diserang oleh seekor singa. Lalu berlarilah kawanan rusa menyelamatkan diri termasuklah anak singa. Malangnya, seekor anak rusa ditangkap oleh si singa. Si ibu cuba menyelamatkan anaknya namun gagal. maka matilah anak rusa di makan singa.

setelah agak lengan, si ibu pergi kepada anak singa..
"Mengapa kau tak selamatkan kami?"
"Bagaimana aku hendak selamatkan kamu? aku juga takutkan singa."
"Apa kau tak sedar kau adalah singa yang mampu mengaum lebih hebat dari singa tadi?"
"Aku tidak tahu...."
Lalu kumpulan rusa itu pergi meninggalkan si singa. Singa terpinga-pinga...siapakh dirinya...

Begitulah manusia. Tidak pernah sedar akan kekuatan diri sendiri kerana dibesarkan dalam suasana yang begitu mewah. Kerana itu timbul kes jampi menjampi, ilmu hitam, bunuh diri, malas bekerja, dan banyak lagi kerana tidak pernah tahu kekuatan diri sendiri sehingga meminta bantuan daripada makhluk yang lebih lemah.

Tingkatkan amalan, kenal jati diri dan sejarah diri manusia. Salam dari SYURITA..

3 comments:

  1. da pernah dengar cerita ni. teori pelaziman. hehehe

    ReplyDelete
  2. індивідуалки Повії Києва Той, хто одружується з-за багатства, продає свою свободу
    Чутлива людина - точно беззбройний серед добре озброєних.
    #ПовіїКиєва

    ReplyDelete

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

visitor