Sponsored

Thursday, July 21, 2011

Motivasi Diri : [3 Kaedah Menghadapi Kegagalan]

Motivasi : 3 Kaedah Menghadapi Kegagalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca! Bagaimana hari ini? Terus bermotivasi? Ayuh hari ini Hamka akan kongsikan sedikit tentang 3 Pola Utama Tanggapan Manusia Dalam Menghadapi Sesuatu Masalah.

1)    Pola Pertama: Memberikan Alasan dan Berputus Asa
Bertindak –> Gagal –> Berputus Asa
Kebanyakan orang menyalahkan orang lain apabila sesuatu yang diinginkan tidak mampu dicapai. Mereka akan mula memberikan pelbagai alasan atas ketidakberjayaan mereka itu. “Tiada modal”, “Keadaan ekonomi tidak mengizinkan”, “Saya belum cukup duit”, “Saya dah penat berusaha”, “Saya tiada masa” dan lain-lain.
2)    Pola Kedua: Cuba Melakukan Perkara Yang Sama Berkali-Kali
Bertindak –> Gagal –> Mencuba Perkara Yang Sama
Kebanyakan orang diantara kita akan menambahkan usaha, memberikan lebih masa dan tenaga melakukan perkara yang sama dengan harapan, cara itu akan membuatkan kita lebih berjaya.
Dapatkah anda fikirkan dan renungkan, apabila kita berusaha lebih keras terhadap usaha dan cara serta kaedah yang “sama”, mampukah kita mencapai kejayaan luar biasa yang kita inginkan?
Adakah itu seumpama membazirkan waktu? Ia sebenarnya bergantung kepada beberapa faktor. Kebiasaannya, apabila matlamat yang ditetapkan itu adalah lebih kecil, maka hasil kejayaannya mungkin dapat dicapai selaras dengan peningkatan usaha yang dilakukan itu.
Namun, jika matlamat yang dihitamputihkan itu lebih besar, maka kemungkinan mencapai kegagalan adalah lebih tinggi dari kebarangkalian mencapai kejayaan jika strategi dan pendekatan yang digunakan tetap sama walaupun telah mencuba berkali-kali! Buat apa kita berusaha lebih untuk perkara yang terbukti tidak berkesan bukan?
3)    Pola Ketiga: Menerima Maklumbalas, Ubah Strategi dan Bertindak Sehingga Berjaya.
Matlamat –> Bertindak –> Strategi –> Maklumbalas/Kegagalan –> Ubah Strategi –> Berjaya
Kebanyakan orang yang berjaya tidak akan menganggap kegagalan mereka sebagai batu halangan kepada kejayaan mereka. Mereka akan menganggap “Kegagalan Itu Hanyalah Suatu Pengalaman Yang Tidak Betul”. Mereka akan belajar dari kesilapan dan mengubah strategi mereka untuk mencapai matlamat mereka dan tidak pernah mengalah daripada berusaha.                                                              
Masalahnya disini, ramai diantara kita yang “ego” dengan bayangan usaha dirinya sendiri. Ramai yang tidak mahu mengambil iktibar dan ramai juga yang tidak mahu belajar dari kesilapan. Tidak kurang juga ramai yang tidak mahu mendengar langsung nasihat orang terdahulu yang pernah gagal apabila melakukan strategi yang sama.
Harap artikel ini dapat memberikan manfaat buat Hamka sendiri dan sahabat-sahabat para pembaca. InsyaAllah.
http://hasrynazzuar.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
View the original article here

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

visitor